Sabtu, 9 Julai 2011

Begitu banyak pengorbanan demi pengorbanan yang aku curah kan untuk dirimu,
begitu banyak peluh yg diseka untuk menyediakan kehidupan yg baik untukmu,
aku bersedia menanti mu setiap waktu untuk kau hadir dalam hidupku,
namun,,,segalanya semakin hambar buatku....

bukanlah niatku mengatakan kau kejam,
bukn jua aku katakan kau tidak perasan,
namun semuanya ada kemungkinan,
mungkinkah diantara kita tiada lagi perasaan...
mungkinkah sekadar keterbiasaan?

duniaku hanya 4 penjuru batu,
sedangkan kau bebas meneroka berbatu2,
adakah kau rasa semuanya adil bagiku?
atau tidak terlintas sedikit pun difikiranmu?

Kekosongan hidupku tanpa teman di sisi tidak kau peduli,
apatah lagi kesakitan diriku tatkala sendiri,
apakah tiada harapan bgi ku ini,
berterusan bersendiri dan disakiti?

daku hanya mengharapkn sedikit perhatian darimu,
bukalah mata dan pndaglah aku dengan setulus hatimu,
lihatlah luka yg telah lama berdarah disbkn sikapmu,
Bantulah aku jika kau mahukan aku terus dlam hidupmu...

Hanya satu pintaku,sedarlah sebelum daku melngkah pergi,
membawa diri dan hati yg dilukai,
membawa kekosongan dan kelukaan yang engkau tidak peduli,
jauh darimu... malah jauh dr duniamu hgga kau tidak melihat lagi walau bayang diriku ini....

Jumaat, 1 Julai 2011

JANGAN TERLAMPAU MENYUKAI. JANGAN TERLALU MEMBENCI.
Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi. Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi..
Semua pernah merasakan ada cinta yang hadir.. Dan kadang kita hanya menikmati indahnya cinta itu pabila telah berlalu.. Sejarah biarlah menjadi kenangan.. Belajarlah untuk menerima kenyataan.. Pasti akan ada cinta yang lebih baik